
Lawatan Manchester United ke Malaysia berakhir dengan kekalahan apabila tewas 1-0 kepada ASEAN All-Stars dalam perlawanan Maybank Challenge Cup di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Maung Maung Lwin dari Myanmar muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-71.
Man United akan meneruskan siri jelajah Asia dengan kunjungan ke Hong Kong pada Jumaat ini.