Challenge Cup Berita

Selangor juara MFL Challenge Cup 2025

Selangor menjulang MFL Challenge Cup 2025 selepas menewaskan PDRM 4-0 dalam perlawanan akhir kedua di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.
Kemenangan itu menjadikan Selangor meraih 7-0 secara agregat, selepas meraih kemenangan 3-0 dalam perlawanan akhir pertama.
Ia sekali gus menamatkan kemarau piala selepas kali terakhir Selangor menjulang piala adalah pada 10 tahun lalu ketika memenangi Piala Malaysia ke-33 pada 2015.
Selangor bermula garang apabila menjaringkan 2 gol dalam 10 minit pertama dengan mendahului 1-0 hasil jaringan Ali Olwan pada minit ke-4 diikuti Yohandry Orozco 6 minit kemudian.
Ronnie Fernandez menjaringkan gol ketiga tuan rumah pada minit ke-31.
Orozco melengkapkan kemenangan dengan jaringan pada minit ke-80.
Selangor akan kembali beraksi dalam Liga Super menentang Sabah pada 27 Februari ini.