Liga Super Malaysia Berita

Ejen UK: Benar, ada kelab Premier League minat Luqman Hakim

Ejen baharu Luqman Hakim Shamsudin, Lionel Foy mengesahkan memang ada kelab Premier League yang berminat untuk mendapatkan khidmat kliennya.

Bagaimanapun, BH Sukan melaporkan ejen EL-EF Sport itu enggan mendedahkan nama beberapa pasukan itu.

“Saya tidak boleh beri apa-apa komen kecuali fakta bahawa ada beberapa pasukan berminat dengan Luqman.

“Kami sedang berusaha mencapai persetujuan membabitkan terma bersama FAS dan kami harap ada perkembangan dalam minggu ini.”

Luqman dijangka menyertai kelab Liga Belgium, KV Kortrijk tidak lama lagi selepas terkandas tiga bulan akibat wabak COVID-19.