Luar Negara Berita

Kevin Diks pemain Indonesia pertama di Bundesliga

Kevin Diks muncul pemain Indonesia pertama yang beraksi di Bundesliga apabila menyertai Borussia Monchengladbach dalam musim perpindahan Januari ini.
Pemain pertahanan berusia 28 tahun itu berhijrah dari kelab Denmark, Copenhagen selepas beraksi dengan kelab itu sejak 2021.
Beliau layak mewakili Indonesia melalui ibunya yang berasal dari Maluku dan memperoleh kerakyatan pada November tahun lalu.
Diks pertama kali beraksi dengan Indonesia ketika menentang Jepun pada kelayakan Piala Dunia 2026.