Malaysia jatuh 6 tangga dalam ranking FIFA
Malaysia jatuh 6 anak tangga dalam ranking FIFA terbaru bulan ini.
Kemorosotan itu berlaku disebabkan dua kekalahan berturut-turut kepada Oman dalam kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Kekalahan itu menyaksikan Malaysia kini berada di tangga 138 dunia, turun 6 anak tangga berbanding 132 pada Februari lalu.
Kedudukan itu juga menyaksikan Malaysia dipintas Indonesia yang kini berada di tangga ke 134 dunia.
Thailand kekal di tangga ke 101, Vietnam 115, Filipina 141, Singapura 155, Myanmar 163, Kemboja 179, Laos 190, Brunei 194 dan Timor Leste 198.
Malaysia mempunyai peluang untuk menaikkan ranking semula apabila bertemu Kyrgyzstan dan Taiwan pada Jun ini.