Malaysia Berita

Muka baharu buktikan mereka layak wakili negara untuk Piala AFF 2022

Beberapa muka baharu menunjukkan mereka layak mewakili negara pada saingan Piala AFF 2022.

Ini setelah Malaysia menewaskan Maldives 3-0 di Stadium Bolasepak Cheras, Kuala Lumpur.

Di sebalik ketiadaan 11 pemain JDT, pemain sedia ada dapat beraksi tanpa sebarang tekanan.

Darren Lok menjadi pemain paling menyerlah apabila menyumbang kepada kedua-dua gol dalam perlawanan tersebut.

Gol pendahuluan dijaringkan pada minit ke-24 setelah Darren mengambil kesempatan di atas kekeliruan pertahanan Maldives terhadap serangan pasukan negara.

Darren kemudian membuat hantaran yang disambut oleh Faisal Halim yang berjaya melepasi perangkap ofsaid sebelum mudah menewaskan penjaga gol Maldives pada minit ke-63.

Lee Tuck melengkapkan kemenangan dua minit sebelum tamat perlawanan, menjadikan keputusan 3-0 memihak kepada Malaysia.

Malaysia akan memulakan saingan Piala AFF 2022 berdepan Myanmar di Yangon pada 21 Disember ini.

Skuad Kim Pan-gon kemudian akan bertemu Laos di Bukit Jalil pada 24 Disember.

Selepas itu, Malaysia akan terbang ke Hanoi untuk berdepan Vietnam pada 27 Disember sebelum kembali ke Bukit Jalil untuk perlawanan menentang Singapura pada 3 Januari.