Pahang membuat keputusan untuk melantik Dollah Salleh sebagai ketua jurulatih interim Pahang sehingga akhir musim ini.
Ini kali keempat jurulatih berusia 58 tahun itu menjadi ketua jurulatih Pahang, setelah dilantik bermula 2010, 2017 (menggantikan Razip Ismail) dan 2021 (menggantikan Thomas Dooley).
Beliau menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Christophe Gamel selepas Pahang hanya meraih 8 mata daripada 11 perlawanan, sekali gus menduduki tangga kedua tercorot dalam Liga Super.
Pahang turut mengumumkan Fandi Ahmad sebagai Penasihat Teknikal.
“Fandi bukanlah nama asing dalam kalangan penyokong Pahang,” kata Pahang dalam kenyataan rasmi.
“Beliau pernah menyarung jersi Tok Gajah selama dua musim dan merupakan anggota skuad kejuaraan berganda Liga Premier dan Piala Malaysia 1992.
“Semoga kepakaran dan pengalaman Fandi Ahmad akan memanfaatkan pasukan Sri Pahang.”