Berita AFC Champions League

ACL2022: JDT dilantik sebagai tuan rumah Kumpulan I, kelebihan mara ke pusingan kalah mati

Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) diberi kelebihan pada saingan Liga Juara-Juara AFC 2022 (ACL) apabila dipilih sebagai tuan rumah bagi perlawanan Kumpulan I yang berlangsung pada 15 hingga 30 April depan.

Ini selepas AFC mengumumkan Johor Bahru sebagai penganjur perlawanan bagi Kumpulan I sekali gus memberi kelebihan kepada JDT untuk meraih mata sebanyak yang mungkin dalam kesemua enam perlawanan peringkat kumpulan.

JDT diundi dalam Kumpulan I bersama juara Liga Jepun, Kawasaki Frontale, kelab gergasi China, Guangzhou FC dan pemenang perlawanan play-off antara Ulsan Hyundai (Korea Selatan) dan Port FC (Thailand).

15 April akan menyaksikan perlawanan pembukaan antara JDT dan Guangzhou di Stadium Sultan Ibrahim.

Musim ini adalah penampilan keempat skuad Harimau Selatan dalam saingan ACL selepas kali pertama beraksi pada 2019.

Musim lalu, skuad kendalian Benjamin Mora menamatkan saingan di tempat ketiga kumpulan G, di belakang Nagoya Grampus dari Jepun dan naib juara Pohang Steelers dari Korea Selatan.

Rekod itu lebih baik berbanding kedudukan tempat keempat pada 2019.