Premier League Berita

RASMI: Ole Gunnar Solskjaer akhirnya dipecat

Ole Gunnar Solskjaer akhirnya telah dipecat secara rasmi oleh Manchester United.

Keputusan itu dibuat selepas Man United tewas mengejut 4-1 kepada Watford semalam.

“Manchester United mengesahkan bahawa Ole Gunnar Solskjaer telah meninggalkan kelab,” katanya dalam kenyataan.

“Ole akan sentiasa menjadi legenda di Manchester United dan kami terpaksa mencapai keputusan sukar ini.

“Walaupun beberapa minggu kebelakangan ini mengecewakan, ia tidak sepatutnya mengaburi semua tugas yang telah dilakukannya sejak tiga tahun lalu untuk membina semula asas kejayaan jangka panjang.

“Ole pergi dengan ucapan terima kasih atas usaha gigihnya sebagai pengurus dan mengucapkan selamat maju jaya kepada kami.

“Kedudukannya dalam sejarah kelab akan sentiasa terjamin, bukan hanya sebagai pemain, tetapi sebagai seorang individu yang hebat dan pengurus yang memberi kami banyak memori hebat.

“Dia akan selamanya dialu-alukan kembali ke Old Trafford sebagai sebahagian daripada keluarga Manchester United.”

Penolong pengurus Man United, Michael Carrick kini akan mengendalikan pasukan untuk perlawanan yang akan datang, sebelum melantik pengurus sementara hingga akhir musim.