
Apa yang salah dalam ramuan alkimia baru Manchester United yang jelas ketiadaan kuasanya dan memang menyedihkan, kekurangannya terbesar adalah tiada rancangan tetap dan konkrit untuk menguatkan permainan skuadnya supaya menjadi lebih koheren dan tegas, serta strategi penting, yang telah dipetakan awal sebelumnya untuk mencapai kegemilangan untuk keturunan masa depan. Sebagai gantinya, usaha sedikit demi sedikit telah pun di gunakan yang menyamar sebagai blok pembinaan pra-strategi yang disusun dalam masterplan baru United, yang sebenarnya boleh runtuh bila-bila masa seperti rumah yang di bina dengan kad daun terup.
Entah bagaimana, anehnya, selalu ada daya tarikan sentimental untuk memanggil balik bekas megastar – walaupun ia kelihatan senang sekali hanya beberapa hari yang lalu untuk si pemain hebat itu mengingkari janjinya yang diucapkan setelah pemergiannya dari Old Trafford dulu dengan retoriknya yang sombong bahawa dia tidak akan menjualkan integritinya atau berpakat untuk merendahkan maruahnya bergabung dengan salah satu pesaing terhebat mereka, macam Manchester City, umpamanya.
Satu-satunya hubungan negatif yang dikaitkan dengan maestro Portugis kian adalah bahawa dia berumur 36 tahun dan prestasinya pun jelas kurang dari segi kehebatan fizikal dan kepantasan, walaupun keinginannya yang tidak henti-hentinya masih beringin menunggang puncak sebagai pemain terunggul di dunia bola sepak untuk mengatasi saingannya, Lionel Messi, yang kini menjadi lambang terbaru Paris Saint-Germain untuk mencapai hajat dan mimpi mereka untuk merampaskan trofi Liga Juara-Juara dengan pemain terbaik dan teratas di kandang mereka.
Begitu juga, nampaknya ada semacam daya tarik untuk melihat bekas bintang terkenal sekarang memakai pakaian pengurus dan menikmati reinkarnasi barunya, walaupun individu itu sering kelihatan murung dalam sidang media.
Memang kesian bahawa selalunya faktor sentimen yang dengan kelam kabut mempengaruhi pertimbangan serta kepintaran yang patut di ikuti dalam pengurusan dan pengendalian pasukan – seperti yang ditunjukkan dengan jelas oleh semua tweet gembira dalam dua hari terakhir untuk meraikan kepulangan ‘raja’ mereka, Cristiano Ronaldo, dari Juventus. Yang sebenarnya ini adalah situasi yang sama dengan keengganan mereka untuk mengkritik ketua pelatih dan pengurus mereka, Ole Gunnar Solskjaer, dengan alasan bahawa orang yang berada di luar benteng United, yang dengan sombongnya lama dianggap suci, tidak mungkin memahami konteks maksud kepentingan peranan Solskjaer kepada peminat United.
Mungkin tidak, tetapi itu tidak semestinya melayakkannya secara automatik sebagai pengurus yang baik. ‘Baby-Faced Assassin’ – terkenal kerana gayanya mengintai atau ‘curi ayam’ di sekitar kawasan gawang dan kecurigaan pemangsa dalam menerkam dan memburu untuk mencari peluang menjaringkan gol pada saat-saat terakhir dan tidak disangka harus sekarang belajar untuk berhati-hati agar tidak jatuh atas pedangnya sendiri dengan kepercayaannya bahawa dia sebenarnya boleh mengendalikan permainan sebagai pengurus dengan menggunakan taktik lamanya mencari kesempatan senang dengan mencuri ayam dalam peranan barunya sebagai bos skuad Manchester United.
Walaupun orang yang buta dapat memberitahu bahawa ada perayaan yang luar biasa beberapa hari ini bahawa United berjaya mencubit Ronaldo dari Manchester City, seperti ketika mereka melakukan untuk menghalang Alexis Sánchez pindah ke Etihad – dan melihat bagaimana akibat pada akhirnya. Nampaknya seperti masih ada pun orang yang memang degil dan tidak pernah membuka mata dan membelajar dari kesilapan besar masa lalu.
Sebenarnya, Ronaldo memang tidak sempurna untuk kegunaan Pep Guardiola dan Manchester City, yang, dengan penuh kejujuran, kemungkinan besar menunjukkan minat pada pesaing utama Messi hanya kerana status Bosmannya untuk mengisikan tempat kosong mereka didepan dengan mudah untuk sementara memuaskan keperluan mereka yang sebetulnya tidak terlalu mendesak untuk menjaringkan gol, berdasarkan kenyataan umum yang dibuat baru-baru ini oleh Guardiola sendiri bahawa sekiranya mereka gagal dalam usaha untuk menandatangani kapten England dan Tottenham Hotspurs, Harry Kane, di jendela perpindahan musim panas ini, dia masih akan terus mencatat sebagai sangat berpuas hati dengan pasukannya pada ketika ini. Oleh sebab itu, Ronaldo hanya menjadi satu-satunya kemudahan untuk mengisi slot kosong sekiranya langkah itu dapat dilaksanakan.
Ironinya, hasil terbaharu ini sebenarnya telah berjaya menguntungkan Manchester City, membebankan saingan mereka pada saat-saat terakhir dengan pemain yang sedang naik usianya dan telah pun telah sampai puncaknya dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan tidak dapat menghentikan atau melambatkan peredaran masa, walaupun Ronaldo sendiri dan peminatnya akan menafikan realiti ini. Ronaldo dalam bentuk sekarang hanya akan bersia-sia menghabiskan sumber daya yang terbatas dan mengganggu pembangunan taktikal yang sangat diperlukan untuk masa depan skuad dan kelab.
Ini memang penting untuk peminat Manchester United pada saat ini untuk mengingat bahawa hanya tiga tahun yang lalu, Juventus – walaupun merupakan pemenang Serie A banyak kali – tetapi benar-benar kelaparan sebab cita terbesar mereka untuk mencapai puncak teratas Eropah – dengan cepat membayarkan £100 juta untuk menandatangani seorang pemain berusia 33 tahun yang ketika itu masih dianggapkan dalam bentuk teratas dan memberinya gaji pokok sebanyak £26.6 juta setahun. Tetapi malangnya, seperti yang akan dibuktikan oleh sejarah, kesepakatan itu kini harus disesalkan sebagai salah satu yang terburuk dalam sejarah Bianconeri.
CR7 yang hebat jelas ditandatangani dengan harapan tertinggi untuk membawa Juventus, yang tewas dalam dua final Liga Juara-Juara dalam empat musim sebelumnya, ke puncak kegemilangan Eropah. Sebaliknya, mereka tersingkir di suku akhir ke Ajax, kemudian di 16 terakhir ke Lyon, dan sekali lagi di 16 terakhir ke Porto musim lalu.
Juventus berjaya mencapaikan kemenangan berbanyak kali bergantung pada keupayaan mereka sendiri dan memenangi tujuh scudetti berturut-turut sebelum Ronaldo meletakkan jari kaki tunggal di atas rumput Bianconeri. Ya, mereka berjaya memenanginya lagi dalam dua musim pertama dengannya, tetapi hanya dapat meraih tempat keempat yang suram tahun lalu, sesuatu perkara yang memang malu untuk gergasi Itali itu.
Bukan hanya ketidaberdayaan relatifnya, tetapi juga keengganannya untuk memberi sumbangan kepada penolakan atau ‘pressing’ yang dengan jelas menahan pemenang Serie A berbanyak kali secara taktik, tetapi wang yang dibelanjakan untuk memupuk harapan untuk mencapai kejayaan di Liga Juara-Juara telah juga banyak melemahkan skuad Juventus.
Diakui, walaupun Manchester United memilih secara sengaja untuk berdegil menafikan realiti sebetulnya, memang ada alasan yang jelas kenapa Juventus begitu bersedia untuk menggeluarkan Ronaldo dengan secepat mungkin.
Walau pun dia telah menjaringkan 81 gol liga dalam tiga musim, tetapi tidak ada keraguan bahawa Ronaldo sebenarnya menjadikan Juventus lebih buruk dan bukannya pasukan terbaik di Eropah.