FIFA mengesahkan kesemua 89 gol yang pernah dijaringkan legenda bola sepak negara, Mokhtar Dahari bersama Harimau Malaya.
Ini sekali gus meletakkannya sebagai penjaring kedua terbanyak dunia selepas penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo dan Ali Daei dari Iran.
Mokhtar yang lebih dikenali sebagai Supermokh mengumpul 89 gol daripada 142 penampilan bersama skuad kebangsaan.
Berdasarkan rekod yang dikeluarkan FIFA dalam Twitternya hari ini, Mokhtar berjaya memintas jaringan legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjaringkan 84 gol dalam 85 penampilan.
Itu bermakna, Mokhtar pernah memegang gelaran penjaring terbanyak dunia, sebelum rekod berkenaan dipintas Ali yang memulakan koleksi 109 golnya pada 1993.
Lima gol yang disempurnakan oleh Ronaldo dalam kempen Euro 2020 membolehkannya mengumpul 109 gol keseluruhan, menyamai rekod Ali.
Bagaimanapun Ali melakukan pencapaian itu dalam 149 penampilan, berbanding Ronaldo 177 penampilan.