Other Editions

Buruan pingat emas acara Bola Sepak sukan SEA bermula pada 14 Ogos ini

Skuad bawah 22 tahun negara akan membuka tirai pemburuan pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 berdepan Brunei di Stadium Shah Alam pada 14 Ogos ini.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu diletakkan dalam Kumpulan A bersama Myanmar, Singapura, Brunei dan Laos.

Acara bola sepak lelaki akan diadakan di empat gelanggang termasuk Stadium Shah Alam, Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Stadium UiTM, Shah Alam dan Stadium Universiti Malaya Arena, Kuala Lumpur.

Tambahan satu lagi gelanggang iaitu Stadium Nasional, Bukit Jalil (jika Malaysia layak ke final) manakala acara bola sepak wanita diadakan di dua venue iaitu Stadium UiTM, Shah Alam dan Stadium Universiti Malaya Arena.

Hanya acara bola sepak lelaki dipecahkan kepada dua kumpulan disusuli peringkat separuh akhir dan final. Bagi acara bola sepak wanita serta futsal lelaki dan wanita dijalankan secara liga sepusingan dengan penentuan pingat emas, perak dan gangsa adalah berdasarkan kedudukan mata selepas semua pasukan beraksi empat perlawanan.

Acara futsal lelaki dan wanita pula akan diadakan di satu gelanggang saja iaitu di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam.

Jadual acara bola sepak lelaki (Malaysia U22)

14 Ogos

MALAYSIA mln Brunei (Std Shah Alam, 8.45 mlm)

16 Ogos

Singapura mln MALAYSIA (Std Shah Alam, 8.45 mlm)

21 Ogos

MALAYSIA mln Myanmar (Std Shah Alam, 8.45 mlm)

23 Ogos

Laos lwn MALAYSIA Std Shah Alam, 8.45 mlm)

26 Ogos

(Separuh Akhir)

Juara Kumpulan A mln Naib Juara Kumpulan B

Juara Kumpulan B mln Naib Juara Kumpulan A

(Std Shah Alam & Std Majlis Perbandaran Selayang)

29 Ogos

Penentuan Pingat Gangsa, 4.30 ptg

(Std Majlis Perbandaran Selayang atau Std Shah Alam (jika final di Stadium Nasional, Bukit Jalil)

Final, 8.45 mlm

(Std Shah Alam atau Std Nasional, Bukit Jalil (jika Malaysia layak ke final)