Luqman Hakim Shamsudin memulakan sesi pra-musim bersama skuad utama KV Kortrijk minggu ini, sekembalinya daripada tugasan skuad kebangsaan.
Penyerang berusia 19 tahun itu tersenarai dalam perlawanan persahabatan berdepan KRC Harelbeke, semalam.
Luqman yang diturunkan sebagai pemain gantian menunjukkan prestasi baik apabila beberapa kali membuat larian menembusi benteng pasukan lawan selain memiliki beberapa peluang untuk menjaringkan gol.
Larian Luqman akhirnya membuahkan hasil apabila menyumbang sepakan penalti selepas dijatuhkan oleh pemain lawan pada minit ke-86 pada perlawanan yang berkesudahan Kortrijk membelasah Harelbeke 5-0.
Malah, aksi Luqman juga berjaya menambat hati peminat Kortrijk yang hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan tersebut dengan menyanyikan lagu sokongan kepada Luqman dalam satu video melalui akaun Instagram kvkortrijkfans.
Perlawanan Pra Musim :
🇧🇪 KRC Harel 0-5 KV Kortrijk 🇧🇪
Minit ke 60'
-Luqman Hakim dimasukkanMinit ke 86'
-Larian pantas Luqman tidak dapat dikejar oleh pertahanan lawan & seterusnya dikasari oleh penjaga gol di dalam kotak penalti. KVK dihadiahkan sepakan penaltiVideo: KVK pic.twitter.com/E7X9bnnnki
— Pemain Ke-12 (@pemain_ke_12) June 23, 2021