“Best Young Player Award” mula diperkenalkan pada tahun 2006 semasa kejohanan Piala Dunia di Jerman. Anugerah ini diberikan kepada pemain terbaik kejohanan yang umurnya tidak melebihi 21 tahun.
Bagi edisi sebelum tahun 2006, FIFA telah menjalankan undian di laman sesawang rasmi mereka dengan bantuan FIFA Technical Study Group. Orang ramai berpeluang untuk mengundi pemain muda yang dicalonkan oleh TSG.
Berikut adalah 7 pemain yang pernah memenangi Best Young Player Award:
Nama: Robert Prosinecki
Negara: Yugoslavia
Umur Ketika Itu: 21 Tahun
Edisi Kejohanan: Piala Dunia 1990 Itali
Seorang pemain tengah yang mampu bermain hantaran pendek dan hantaran jauh. Berskil tinggi dan mampu menggelecek dengan baik. Mempunyai rembatan padu yang mampu mengancam gol pasukan lawan
Nama: Marc Overmars
Negara: Belanda
Umur Ketika Itu: 21 Tahun
Edisi Kejohanan: Piala Dunia Amerika Syarikat 1994
Pada saat itu, Overmars telah pun dianggap sebagai pemain bintang untuk skuad Belanda. Namun, Belanda dikecewakan oleh Brazil, juara edisi tersebut pada saingan suku akhir. Marc Overmars menghasilkan satu assist yang cantik dalam perlawanan yang sengit itu:
Nama: Michael Owen
Negara: England
Umur Ketika Itu: 18 Tahun
Edisi Kejohanan: Piala Dunia Perancis 1998
Antara pemain termuda bermain di pentas Piala Dunia. Semasa menentang Argentina, Owen telah menjaringkan satu gol yang menakjubkan untuk meletakkan England mendahului 1-2.
Nama: Landon Donovan
Negara: Amerika Syarikat
Umur Ketika Itu: 20 Tahun
Edisi Kejohanan: Piala Dunia 2002 Korea/Jepun
Landon Donovan bersama Amerika Syarikat menamatkan saingan Kumpulan D dibawah Korea Selatan. Kempen mereka tamat pada saingan suku akhir ditangan Jerman. Landon Donovan mendapat 5 caps, bermain selama 435 minit dan menjaringkan 2 gol.
Nama: Lukas Podolski
Negara: Jerman
Umur Ketika Itu: 21 Tahun
Edisi Kejohanan: Piala Dunia 2006 Jerman
Pemain pertama yang memenangi anugerah ini setelah diperkenalkan pada tahun 2006. Tampil sebanyak 7 kali, bermain selama 636 minit dan menjaringkan 3 gol pada kempen itu.
Nama: Thomas Muller
Negara: Jerman
Umur Ketika Itu: 20 Tahun
Edisi Kejohanan: Piala Dunia 2010 Afrika Selatan
Kemunculan pertama Muller bersama Jerman di Piala Dunia dan mendapat tempat Ke-3 setelah menundukkan Uruguay. Selain daripada pemain muda terbaik, Muller juga membawa pulang anugerah Golden Boot dengan 5 gol dan 3 assist!
Nama: Paul Pogba
Negara: Perancis
Umur: 21 Tahun
Edisi Kejohanan: Piala Dunia 2014 Brazil
Pogba bersama Perancis di kempen Piala Dunia 2014 berjaya menjuarai Kumpulan E. Pusingan ke-16 mereka berjaya menundukkan Nigeria dengan jaringan 2-0. Namun Jerman menunjukkan mereka jalan keluar pada saingan suku akhir.