Luar Negara Eropah

Enam pengadil penuh kontroversi yang mampu membuat anda rasa benci

Pengadil dan kontroversi adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Kedua-duanya bersatu dalam setiap perlawanan. Pengadil kontroversi sememangnya membuat semua orang rasa meluat atau benci, termasuk pasukan yang menerima kerugian. Mereka sering menjadi sasaran kemarahan penyokong keran keputusa yang dilakukan.

Beberapa pengadil dibawah adalah antara yang mencipta kontroversi di dunia:

Mike Dean

Semua orang tahu bahawa Mike Dean merupakan penyokong Tottenham Hotspur. Sudah beberapa kali dia dilihat gembira dan meraikan kejayaan Spurs menjaringkan gol dalam perlawanan yang diadili. Dia juga sering mencipta keputusan kontroversi. Kali terakhir adalah ketika dia tidak memberikan sebarang kad buat Marcos Alonso walaupun pemain Chelsea itu dilihat memijak kaki Shane Long secara sengaja.

Cuneyt Cakir

Cakir terkenal dengan ketegasannya di negara asal, Turki, tetapi tidak terlepas daripada kontroversi, terutamanya dalam saingan Eropah. Cakir terkenal dengan layangan kad ketika mengadili aksi pasukan dari England. Paling diingati mungkin kad merah untuk Luis Nani ketika pertemuan antara Manchester United dan Real Madrid.

Byron Moreno

Masih ingat aksi Itali dan Korea Selatan di Piala Dunia 2002? Moreno adalah individu yang mengadili perlawanan itu. Beberapa keputusan kontroversi telah dilakukan oleh pengadil dari Ecuador itu, termasuk menafikan jaringan Itali ketika masa tambahan, tidak memberikan sepakan penalti dan memberikan kad merah buat Francesco Totti.

Tom Henning Ovrebo

Penyokong Chelea, Michael Ballack dan Didier Drogba akan sentiasa mengenang nama pengadil ini. Keputusan-keputusan kontroversi yang dilakukan ketika Chelsea bertemu Barcelona di Liga Juara-Juara Eropah musim 2008/09 membuatkan namanya begitu diingati. Dua kali bola terkena tangan pemain Barca tetapi tidak diendahkan oleh Ovrebo. Situasi sama buat kali kedua telah menyebabkan dirina dikejar Ballack dan dimaki Drogba ketika tamat perlawanan.

Michael Oliver

Pengadil terbaru yang mencetuskan kontroversi kerana keputusannya ketika Real Madrid menentang Juventus. Perdebatan mengenai situasi itu masih berlanjutan sehingga hari ini. Oliver dan keluarganya dikritik tanpa henti akibat daripada keputusan kontroversi itu.

Nicola Rizzoli

Rizzoli sebenarnya memegang status pengadil terbaik Serie A ketika itu, namun aksi Derby d’Italia pada tahun lalu menyebabkan pandangan terhadapnya berubah. Beberapa keputusan dari Rizzola dianggap terlalu menguntungkan Juventus, sehingga menyebabkannya direhatkan daripada aksi seterusnya. Rizzoli bersara pada tahun yang sama.