Malaysia Berita

Tiga muka baharu sertai Harimau Malaya

Ketua jurulatih kebangsaan, Pau Marti Vicente memanggil 3 muka baharu dalam skuad kebangsaan.
Tiga muka baharu itu ialah Azim Al Amin Kamaruddin (Selangor), Haziq Aiman Mohd Esa (JDT II) dan Haykal Danish Mohd Haizon (Selangor FC B-23).
Mereka tersenarai dalam kem latihan pusat bagi menghadapi New Zealand di Stadium North Harbour, Auckland pada Isnin, 14 Oktober 2024.
Seramai 23 daripada 26 pemain dikekalkan dari skuad Pestabola Merdeka 2024.
Stuart Wilkin yang tidak bersama pasukan ketika Pestabola Merdeka 2024 kembali dipanggil.
Skuad Harimau Malaya akan berlepas ke Auckland pada 6 Oktober 2024 untuk menjalani kem latihan pusat di sana selama seminggu bagi menghadapi perlawanan menentang New Zealand pada 14 Oktober 2024 dan kembali ke tanah air, hari berikutnya.