Amri Yahyah menjadi wira Sabah apabila menjaringkan dua gol sekali gus membantu pasukannya menewaskan Melaka 3-1 di Kota Kinabalu.
Amri menjaringkan gol pendahuluan Sabah menerusi tandukan pada minit ke-6.
Azzizan Nordin menggandakan kedudukan pada minit ke-17 hasil gerakan individu sebelum rembatannya berjaya menewaskan Norazlan Razali.
Amri sekali lagi mengejutkan Melaka apabila menjaringkan gol pada minit ke-47 hasil tendangan secara lipatan gunting, menyaksikan bola melambung menembusi gawang gol.
Melaka merapatkan kedudukan pada minit ke-65 menerusi jaringan Fakhrullah Rosli, namun keputusan 3-1 kekal hingga tamat perlawanan.
📹 HIGHLIGHTS: @SabahFCOfficial 3-1 @MelakaUnitedFC
Sabah FC berjaya mengutip tiga mata penuh hasil jaringan Amri Yahyah (dua gol) dan Azzizan Nordin. Gol Melaka United dijaringkan oleh Fakhrullah Rosli.#LigaSuper2021 pic.twitter.com/aZY9uiGWEK
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 5, 2021
Sabah kini di tangga ke-7 dengan mengumpul 16 mata, manakala Melaka di tangga ke-10 dengan 10 mata.
Di Kuantan, Pahang berjaya menghalang Selangor daripada meraih tiga mata penuh apabila menjaringkan gol di saat akhir menjadikan keputusan 2-2 di hujung perlawanan.
Pahang yang dibarisi penyerang import baharu Manuel Hidalgo memberikan impak serta-merta apabila menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-48.
Selangor bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-78 menerusi pemain Myanmar, Hein Htet Aung.
Ifedayo Olusegun sekali lagi menjadi wira Selangor apabila menjaringkan gol pada minit ke-87, hasil kemahiran tendangan yang cukup baik sehingga berjaya menembusi seorang pemain pertahanan dan penjaga gol Pahang.
Ketika Selangor sudah yakin akan pulang dengan tiga mata, Abdul Malik Mat Ariff muncul wira Pahang apabila menanduk masuk gol hasil sepakan percuma di masa tambahan, sekali gus keputusan perlawanan berakhir dengan 2-2.
📹 HIGHLIGHTS: @OfficialPahang 2-2 @selangorfc
Pemain import baharu Sri Pahang, Manuel Hidalgo membuka tirai jaringan namun Selangor membalas menerusi Hein Htet Aung dan Ifedayo Omosuyi.
Abdul Malik Mat Ariff menyamakan kedudukan pada minit-minit terakhir.#LigaSuper2021 pic.twitter.com/BXi7Dh22RS
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 5, 2021
Selangor kekal di tangga ke-5 dengan 19 mata manakala Pahang kini mengumpul 9 mata, hanya beza 1 mata dengan Melaka United.
Dalam satu lagi perlawanan di Petaling Jaya, Perak meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas PJ City.
Ezequiel Aguero menjaringkan satu-satunya gol tunggal pada minit ke-26, memastikan kemenangan ketiga buat Perak musim ini.
Perak yang mengumpul 12 mata berada di tangga ke-9, hanya beza 2 mata di belakang PJ City yang berada di tangga ke-8 dengan 14 mata.
📹 HIGHLIGHTS: @pjcityfc 0-1 @peraktbgmy
Gol tunggal Sergio Aguero memisahkan Perak FC dan PJ City FC di Stadium MBPJ, malam tadi.#LigaSuper2021 pic.twitter.com/uY0Me9t0AP
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 5, 2021