Jurulatih JDT, Benjamin Mora mengakui enggan bertemu lagi dengan Kedah meskipun pasukannya berjaya menewaskan pasukan dari Utara Malaysia itu dua kali dalam saingan Liga Super musim ini.
Pertemuan kedua-dua pasukan cukup penting sehingga tercetusnya pergaduhan ketika perlawanan tempoh hari, serta pada separuh masa pertama.
Bagaimanapun, Mora tampil memberikan sebab mengapa beliau enggan bertemu dengan Kedah.
“Kami telah mengatasi mereka dua kali dan kami tidak mahu lagi bertemu mereka musim ini. Kami selesa di puncak dan kami mengekalkan kedudukan ini,” katanya.
“Sebelum ini kami kerap meledak jaringan di awal permainan dan kini makin sukar namun kami tetap menghasilkan jaringan di penghujung permainan, perkara paling penting kami meraih kemenangan.”
JDT dan Kedah masih berpeluang untuk bertemu satu sama lain dalam saingan Piala Malaysia musim ini.