Liga Super Malaysia Berita

TMJ mahu peminat JDT sertai mesyuarat lembaga pengurusan pasukan

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim mengambil pendekatan inklusif apabila membuat keputusan untuk menjemput wakil penyokong untuk menyertai setiap mesyuarat lembaga pengurusan dalam masa terdekat.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards berkata, ia merupakan kehendak Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah bertitah kepada pengurusan JDT agar memastikan perkara-perkara berkenaan operasi kelab dikongsikan kepada para penyokong secara keseluruhan.”

Ia merupakan satu perkembangan positif, sedangkan penyertaan peminat dalam pengurusan pasukan adalah satu perkara yang sangat asing dalam bola sepak Malaysia.