Jose Mourinho telah bertindak balas secara terang-terangan kepada pemain United, Paul Pogba, yang mengatakan bekas pelatih United tidak mengaktifkan pemain dan hanya bersia-sia membangkukan mereka sahaja ketika masanya di Old Trafford dan Mourinho telah mambalas mengatakan bahawa dia ‘tidak peduli’ apa yang dikatakan oleh pemain tengah Perancis itu tentang pemerintahannya sebagai pengurus Red Devils.
Bercakap awal minggu ini pemenang Piala Dunia Perancis mengkritik kaedah pengurusan Mourinho dengan membandingkannya dengan gaya baru yang diguna oleh bos United ketika kini, Ole Gunnar Solskjaer.
Pogba, yang ditandatangani oleh Mourinho, adalah salah satu daripada beberapa pemain yang tidak bermain dibawah kendalian jurulatih Portugis di United, dengan yang paling terkenal adalah pergaduhan diantara mereka berdua dibarisan latihan selepas pemain itu dilucutkan jawatan naib kapten pada bulan September 2018.
“Apa yang saya miliki sekarang dengan Ole berbeza, dia tidak akan menentang pemain,” kata Pogba kepada Sky Sports.
“Dia tidak akan menentang pemain.
“Mungkin Ole tidak akan memilih mereka, tetapi bukan seperti dia meletakkan mereka di sisi seperti mereka tidak ada lagi. Itulah perbezaan antara Mourinho dan Ole.
“Pada satu masa saya menjalin hubungan baik dengan Mourinho, semua orang melihatnya, dan keesokan harinya anda tidak tahu apa yang berlaku. Itulah perkara aneh yang saya ada dengan Mourinho dan saya tidak dapat menjelaskan kepada anda kerana saya pun tidak tahu. Jadi, ya.”
Komentar pemain tengah Perancis itu ditujukan kepada Mourinho setelah pasukan Tottenham seri 2-2 dengan Everton pada hari Jumaat dan dia segera membalas dengan mengatakan bahawa dia tidak peduli dengan apa yang Pogba fikirkan.
“Saya ingin mengatakan bahawa saya tidak peduli dengan apa yang dia katakan,” katanya kepada Sky Sports.
“Saya tidak peduli. Tidak berminat sama sekali.”