Norizam Tukiman memberikan sebab mengapa beliau tidak akan menjadi presiden MFL.
Beliau menjelaskan, jika dilantik sebagai presiden MFL, ia pasti akan menjadi konflik sedangkan beliau adalah pemilik pasukan Kelantan.
Malah, beliau mengakui bahagia menjadi pemilik pasukan Pantai Timur dan hanya menumpukan kepada pembangunan kelab itu di masa akan datang.
“Saya tidak mahu menimbulkan isu berbangkit hingga akan mencetuskan rasa tidak puas hati pihak tertentu kemungkinan ada tindakan pilih bulu,” katanya kepada Harian Metro.
Pada masa sama, beliau sedang sibuk dengan proses pengambilalihan sebuah kelab bola sepak dari Indonesia.
“Ketika ini, lebih baik saya menumpukan beberapa perkara terutama untuk mengambil alih kelab bola sepak Indonesia yang kini berada di fasa akhir.”