Liga Super Malaysia Berita

ESOK: Saksikan FEARLESS: Rise of the Johor Southern Tigers di Astro First

Peminat bola sepak tempatan boleh menyaksikan tayangan perdana dokumentari bola sepak yang dinanti-nantikan, Johor Darul Ta’zim FC berjudul FEARLESS: Rise of the Southern Southern Tigers di Astro First bermula esok, 4 Mac 2021.

Dirakam pada musim 2019/20, dokumentari ini mengisahkan keperibadian JDT FC dan peminat tegar atau ultras iaitu ‘Boys of Straits’, kisah politik bola, perjuangan pemain bola sepak dan di luar padang, dan bagaimana pasukan yang bercita-cita tinggi membina warisannya untuk mempertaruhkan tuntutan yang berterusan terhadap dunia bola sepak.

Peminat boleh melanggan dokumentari 5 episod ini di Astro First dengan harga RM15 (tidak termasuk cukai 6%) selama 48 jam.

Setiap episod berdurasi 22 minit menunjukkan perjuangan, emosi dan kemenangan di sebalik perjalanan JDT untuk menjulang trofi Liga Super Malaysia sebanyak enam kali.

Jadilah yang pertama menonton FEARLESS: Bangkitnya Harimau Selatan Johor. Dokumentari ini disiarkan selama sebulan iaitu bermula 4 Mac hingga 3 April depan.

Sewa dari Astro First Channel 480 atau On Demand Store melalui aplikasi PVR Box, Ultra Box dan Astro Go yang disambungkan dengan Wi-Fi anda.

Untuk lebih maklumat, layari www.content.astro.com.my.

SINOPSIS EPISOD ‘FEARLESS : RISE OF THE JOHOR SOUTHERN TIGERS’

Episod 1: Mencipta Sejarah
Ianya bermula apabila seorang penyokong melaungkan ayat “selamatkan bola sepak Johor” Dari situ, Tunku Mahkota mengambil cebisan impian dan menukarkannya menjadi kuasa besar, menguasai bola sepak Malaysia dan memberi kejutan kepada arena antarabangsa. Saksikan perjalanan JDT FC dalam usahanya untuk berdiri sama tinggi dengan ikon-ikon bola sepak dunia.

Episod 2: Zon Perang
Bola sepak tiada daya tarikan. Ia adalah kerja keras. Dan jikalau anda mempamerkan prestasi di bawah jangkaan, anda berkemungkinan tidak akan ada. Pertempuran sengit berlaku setiap hari, baik di dalam dan di luar padang. Saksikan cara JDT mengemudi melalui zon perang yang menggila, dalam perjuangan untuk menjulang Piala Malaysia 2019.

Episod 3: Keluarga
Para pemain dan pengurusan JDT berasal dari pelbagai negara di dunia, berbeza gaya hidup, bertutur dalam pelbagai bahasa. Dari pemain yang berasal dari Malaysia hingga ke pemain Amerika Latin. Mereka menjalani kehidupan, bermain dan berjuang bersama-sama — dalam kehidupan seharian dan juga di padang. Apa yang lahir adalah satu pasukan yang bersatu, dan sebuah keluarga yang benar-benar unik.

Episod 4: Empayar
Terokai asas penubuhan empayar JDT — para penyokong, dan masa hadapan. Oleh kerana ramai penyokong menggunakan bola sepak untuk menyatupadukan masyarakat pelbagai budaya, Akademi Bolasepak JDT mengumpulkan bakat-bakat muda Malaysia yang terbaik — bukan sahaja membangunkan pemain bola sepak untuk masa hadapan, tetapi juga pemimpin dalam permainan yang dinamakan Kehidupan, memberikannya kembali kepada masyarakat.

Episod 5: Keagungan
Tahun 2020 menyaksikan sebuah stadium baharu, pelbagai piala, dan kekuatan baru untuk mencapai misi yang dimulakan pada tahun 2012 oleh TMJ, Tunku Mahkota Johor. Tetapi perjalanan sebenar Baginda tidak pernah diceritakan, hingga sekarang. Bakal Sultan Johor — dan bakal Raja Malaysia — fokusnya adalah bola sepak sebagai kekuatan dan semangat untuk menyatukan masyarakat pelbagai kaum, Negeri dan Negara.