Liga Super Malaysia Berita

Sebulan selepas menyertai JDT, Jonathan Herrera kembali ke Argentina

Jonathan Herrera dilaporkan akan kembali ke negara asalnya Argentina untuk menyertai kelab terkemuka, Independiente.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi akaun Instagram miliknya.

Walaupun baru sahaja menandatangani penyerang berusia 29 tahun itu, TMJ mendedahkan Independiente mahu meminjam Herrera dan akan membelinya dengan bayaran AS$1.3 juta dolar.

“Kami menandatanganinya dengan RM800,000. Tetapi mendapat tawaran pinjaman dengan pilihan untuk menjual dengan harga AS$1.3 juta dolar.”

Bagi TMJ, tawaran itu sukar untuk ditolak oleh JDT.

“Kita tak boleh tolak. Kelab memerlukan lebih banyak duit berbanding piala ketika ini. Itulah apa yang berlaku. Ini bukan soal peribadi. Ia hanyalah bisnes.”

Ini merupakan kali kedua JDT kehilangan penyerang baharu, selepas Camilo Sanvezzo mahu kekal di kelabnya Mazatlan selepas beraksi cemerlang di Liga Mexico.