Liga Premier Malaysia Berita

Kelantan FC perkenal jersi baharu 2021, mula jual di Shopee

Kelantan FC memperkenalkan tiga jersi baharu bagi saingan Liga Malaysia musim 2021.

Malah, berbanding pasukan lain yang menjual jersi mereka di platform laman sesawang rasmi masing-masing, Kelantan yang masih tidak mempunyai laman sesawang sendiri menjual produk baharunya di platform beli-belah online, Shopee.

Jersi home mengekalkan warna merah, dengan rekaan terbaru di bahagian kolar baju, serta mengembalikan corak ‘checkers’ yang pernah menghiasi jersi Kelantan sebelum ini.

Jersi away berwarna hitam dengan jalur kuning emas manakala jersi ketiga pula berwarna putih dengan jalur kuning emas.

Para peminat Kelantan boleh mendapatkan jersi tersebut dengan harga serendah RM25 untuk Fans Edition.

Bagi Premium Edition iaitu jersi yang digunakan pemain ketika perlawanan, harga diletakkan antara RM189 dan RM234 bergantung kepada saiz baju dan harga akan menjadi semakin mahal jika peminat mahu meletakkan nama dan nombor jersi.

Namun, sesiapa yang membeli jersi Premium Edition akan turut memperoleh mafla The Red Warriors.

Kelantan turut memperkenalkan jersi ’93 Edition’ iaitu jersi yang digunakan ketika pemain menjalani latihan dan dijual dengan harga RM93.

Para peminat boleh melayari Shopee untuk mendapatkan jersi baharu tersebut.