Luar Negara Berita

Hadi Fayyadh bakal sambung kontrak lagi dengan Fagiano Okayama

Hadi Fayyadh Abdul Razak dilaporkan bakal ditawarkan kontrak setahun lagi bersama kelab Jepun, Fagiano Okayama.

Pengarah Urusan Yakult Malaysia Hiroshi Hamada berkata ia berdasarkan perkembangan pemain berusia 20 tahun itu setelah dua tahun bersama pasukan itu.

“Jika diikutkan kontrak Hadi akan tamat hujung tahun ini dan dia ada harapan untuk dikekalkan berdasarkan prestasi semasa,” katanya kepada Harian Metro.

“Saya sering berhubung dengan barisan kejurulatihan kelab terbabit dan ketika ini Hadi menjalani latihan seperti biasa untuk memperbaiki kelemahan yang ada.

“Oleh itu, Hadi kemungkinan tiada masalah untuk terus kekal dalam tempoh sekurangnya setahun lagi.”

Baru-baru ini, Hadi menarik perhatian barisan kejurulatihan kelabnya apabila menjaringkan hatrik dalam perlawanan latihan menentang Fagiano Okayama B-18.

Malah, Fayyadh dilaporkan semakin serasi bersama pasukan dan tidak lagi kekok mempamerkan persembahan mantap setiap kali diturunkan.