Liga Premier Malaysia Berita

MFL: Liga Perdana sah beraksi 10 pasukan bagi musim 2021

CEO MFL, Datuk Ab Ghani Hassan mengesahkan hanya 10 buah pasukan yang akan mengambil bahagian dalam saingan Liga Premier musim depan.

Ini bermakna, tidak ada pasukan baharu yang akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh UKM FC dan Felda United selepas gagal membuktikan bahawa mereka mempunyai kewangan kukuh untuk bersaing dalam Liga Malaysia.

“MFL hanya mengikut protokol dalam saingan liga,” katanya kepada Sinar Harian.

“Disebabkan Felda United dan UKM FC tidak melepasi syarat yang ditetapkan FAM, maka mereka tidak boleh bermain dalam Liga Premier musim depan.

“Jadi saingan Liga Premier musim depan hanya akan ada 10 pasukan dan di peringkat MFL selaku badan pengelola liga, kami akur dengan apa yang telah ditetapkan FAM.

Ghani juga mengesahkan bahawa MFL tidak membawa masuk pasukan dari Liga M3 untuk mengisi dua tempat di Liga Premier musim depan kerana tidak ada saingan Liga M3 musim ini.

“Protokol itu apabila dengan pasukan Liga M3 yang menjadi johan dan naib johan yang akan layak ke saingan Liga Premier musim berikutnya. Disebabkan Liga M3 tiada tahun ini, maka tiada pasukan akan naik dan Liga Premier musim depan hanya 10 pasukan.

“Felda United dan UKM FC boleh kembali bermain dalam Liga Premier pada tahun akan datang. Tetapi syaratnya kena bermain dalam Liga M3 terlebih dulu dan melengkapkan proses penswastaan untuk melayakkan mereka bermain dalam Liga Premier.”