Luar Negara Berita

Luqman janji kerja keras, mahu capai impian dan banggakan Malaysia

Luqman Hakim Shamsudin berjanji akan terus bekerja keras bagi mencapai impiannya untuk mencipta nama di Eropah sekali gus membanggakan rakyat Malaysia.

Pemain berusia 18 tahun itu berada dalam prestasi terbaik selepas beraksi buat pertama kali untuk kelabnya KV Kortrijk dalam saingan Jupiler Pro League.

“Saya dalam keadaan yang baik,” katanya menerusi video pendek yang dimuatnaik oleh akaun media sosial rasmi KV Kortrijk.

“Saya sedang berlatih bersungguh-sungguh kerana saya mahu mencapai impian dan buat negara bangga dengan saya. Saya juga mahu rakyat Malaysia gembira dengan saya.

“Harap semua akan terus menyokong saya, kerana saya di sini adalah untuk berikan yang terbaik buat peminat Malaysia dan Belgium…saya selalu berikan yang terbaik.”

KV Kortrijk akan memuatnaik dokumentari #TheJourneyofLuqie, yang memaparkan kisah Luqman pada Ahad ini.