Piala Malaysia Berita

PKPB dilanjutkan sehingga 9 Nov, Piala Malaysia tetap bermula 6 Nov

CEO MFL, Datuk Ab Ghani Hassan mengesahkan Piala Malaysia akan tetap diadakan bermula 6 Nov ini, walaupun terdapat perubahan kepada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ini selepas kerajaan melanjutkan tempoh PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya selama 14 hari sehingga 9 November ini.

“Kita kena ingat, bola sepak juga adalah industri,” katanya kepada Harian Metro.

“Ia sama seperti industri kilang yang meneruskan operasi mereka. Jadi bola sepak juga harus diteruskan.”

Bagaimanapun, Ghani mengakui pasukan-pasukan di Lembah Klang iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Petaling Jaya City (PJ City) dan UiTM FC akan berdepan dengan kekangan untuk sesi latihan secara bersentuhan.

“Kita sedar pasukan Lembah Kalng terkesan dengan PKPB ini, tetapi jangan bimbang MFL akan membantu mencari venue sesuai buat semua pasukan.

“Jadi kita tetap akan teruskan aksi Piala Malaysia dan takkan batalkan atau tangguhkan.”

Perlawanan Liga Super antara Sabah dan UiTM FC serta perlawanan Liga Perdana antara Kuala Lumpur dan Kuching City juga tetap diadakan pada 31 Oktober.