Liga Premier Malaysia Berita

Siapa Nazrulerwan Makmor, jurulatih interim Kelantan United?

Mungkin ada segelintir peminat yang tidak mengetahui siapa jurulatih interim Kelantan United, Nazrulerwan Makmor.

Jurulatih berusia 40 tahun itu merupakan bekas jurulatih KL Rovers yang menggantikan Zahasmi Ismail yang direhatkan daripada mengendalikan Kelantan United.

Nazrulerwan pernah beraksi dengan pelbagai pasukan termasuk Selangor sehingga memenangi treble pada 2005.

Beliau hanya beraksi dengan skuad kebangsaan dalam satu perlawanan iaitu menentang Kemboja.

Karier kejurulatihan Nazrul bermula pada 2014, setahun selepas bersara sebagai pemain apabila beliau menyertai barisan kejurulatihan PDRM FA selaku penolong jurulatih dan memenangi juara Liga Perdana.

Beliau dilantik sebagai penolong jurulatih Perlis pada 2016, berhijrah ke UiTM FC pada 2017 sebelum menjadi ketua jurulatih Puchong Fuerza pada 2018.

Bersama Puchong, beliau membawa mereka muncul juara Liga Juara-Juara Selangor (SCL) dan layak bermain di liga M3 pada 2019.

Namun selepas Puchong tidak dapat beraksi di Liga M3, beliau menyertai KL Rovers pada musim 2020.

Bagaimanapun, disebabkan wabak Covid-19, kontrak beliau terbatal selepas saingan Liga M3 bagi musim ini dibatalkan.