Liga Super Malaysia Berita

Sumareh mohon maaf, tapi masih enggan dedahkan di mana dia berada

Mohamadou Sumareh tampil memohon maaf menerusi akaun Instagram miliknya.

Ini selepas beliau dilaporkan gagal menghadirkan diri pada sesi latihan pasukan Pahang sejak sebulan lalu.

Pemain berusia 28 tahun itu juga tidak tersenarai dalam kesebelasan utama dan barisan simpanan dalam perlawanan Liga Super di Kuantan semalam, yang berakhir dengan kekalahan 3-2 kepada JDT.

“Kepada para peminat yang saya hormati. Malangnya perkara ini terjadi sebegini.

“Saya tak berniat untuk mengkhianati janji untuk menyokong pasukan sehebat Pahang.

“Namun, ada masanya ia tidak terjadi seperti yang dirancang.

“Saya meminta maaf atas segala kesulitan yang berlaku disebabkan perkara ini.

“Buat masa ini, saya tidak mahu mengulas lanjut. Hanya masa yang akan menentukan segala-galanya.”

Memandangkan kontrak Sumareh akan berakhir tidak lama lagi, beliau bebas untuk berunding dan menyertai mana-mana pasukan lain.