Terengganu kini menduduki tangga kedua Liga Super setelah menewaskan Sabah 4-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.
Dominique Da Sylva menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-12, menjadikan ia gol ketujuh peribadinya musim ini.
12' | GOL DA SYLVA! @FCTerengganu kini mendahului @sabahfamedia melalui gol Dominique Da Sylva. #CIMBLigaSuper2020#TERSAB#MFLLive pic.twitter.com/ej82W5gFmR
— MFL LIVE (@MFL_Live) August 29, 2020
Sanjar Shaakhmedov kemudian menambah jaringan pada minit ke-43.
43' | GOL SANJAR!@FCTerengganu 2-0 @sabahfamedia #CIMBLigaSuper2020#TERSAB#MFLLive pic.twitter.com/0o61ICXlsl
— MFL LIVE (@MFL_Live) August 29, 2020
Pada separuh masa kedua, Sanjar sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-71.
71' | GOL SANJAR!@FCTerengganu memperolehi gol ketiga menerusi jaringan Sanjar Shaakhmedov#CIMBLigaSuper2020#TERSAB#MFLLive pic.twitter.com/vrUIkVqny6
— MFL LIVE (@MFL_Live) August 29, 2020
Faris Ramli melengkapkan kemenangan dengan satu lagi gol pada minit ke-84.
Satu lagi perlawanan Liga Super menyaksikan Kedah berjaya keluar dari zon bahaya apabila menewaskan PDRM 2-0 di Stadium Selayang.
Kipre Tchetche menjadi wira apabila menjaringkan gol pada minit ke-29 dan minit ke-36.
Kemenangan itu bermakna Kedah melonjak ke tangga ke-4 liga di belakang Perak, Terengganu dan pendahulu liga, JDT.
36' | GOL KIPRE!@official_kfa menambah jaringan kedua menerusi Tchetche Kipre.#CIMBLigaSuper2020#PDRMKED#MFLLive pic.twitter.com/vgBXGZ7CYB
— MFL LIVE (@MFL_Live) August 29, 2020
Di Stadium UiTM, Selangor terpaksa pulang dengan satu mata apabila sekadar meraih seri tanpa jaringan berdepan PJ City.