Berita

PSG: Ini kali lah

PSG dipersendakan sebagai kelab muda dengan sejarah hanya 50 tahun, sebuah kelab yang dimiliki oleh Qatar, kelab yang tidak mempunyai warisan bola sepak, dan juga diejek sebagai gergasi tempatan tanpa pengaruh di Eropah dan tidak pernah mara pernah ke Final Liga Juara-Juara UEFA.

Malam ini, semua ini boleh berubah. PSG mempunyai dua pemain bola sepak paling mahal dalam sejarah: Neymar Jr dan Kylian Mbappe. Lebih-lebih lagi, mereka saling memahami antara satu sama lain.

PSG: Memenangi Ligue 1 serta 4 piala domestik musim ini.

PSG dilatih oleh Thomas Tuchel, seorang jurulatih yang berkaliber, malah di ambang memenuhi potensi untuk menjadi salah satu pengurus elit Eropah.

Sekiranya Tuchel berjaya memenangi mahkota Liga Juara-Juara Eropah, dia akan menjadi jurulatih PSG pertama yang memenanginya, trofi yang diidamkan sejak diambil alih oleh Qatar Sports Investments pada bulan Jun 2011.

Sekiranya PSG menang, bekas jurulatih Arsenal, Arsene Wenger akan tersenyum: Dia telah menasihati Qatar untuk melabur di PSG.

PSG sentiasa diejek oleh peminat Perancis suatu ketika dahulu, tetapi kelab ini telah mencapai kejayaan selama satu dekad, dan mewujudkan kelompok penyokong yang besar dari Paris.

Malam ini adalah ujian utama sama ada wang berbilion-bilion yang dilaburkan dapat membuahkan hasil: Halangan PSG adalah Bayern Munich, pemenang 5 gelaran Liga Juara-Juara.

Dilatih oleh Hansi Flick, kelab Jerman itu dalam prestasi cemerlang, setelah mencatat kemenangan 8-2 ke atas Barcelona dan 3-0 ke atas Lyon.

Ini akan menjadi persoalan besar peminat apabila PSG berdepan Bayern: Bolehkah PSG menang?