Liga Super Malaysia Berita

Perlawanan persahabatan: JDT bantai UiTM 8-0

JDT mungkin sudah tidak sabar lagi untuk beraksi dalam Liga Super semula apabila membelasah UiTM FC 8-0 di Larkin malam tadi.

Diogo Luis Santo hanya memerlukan masa setengah jam untuk menjaringkan hatrik apabila menjaringkan gol pada minit ke-11, 23 dan 34.

Satu lagi gol dijaringkan oleh Gonzalo Cabrera pada minit ke-29, menjadikan separuh masa pertama berakhir dengan 4-0 memihak kepada JDT.

Namun, JDT seolah-olah langsung tidak puas apabila menambah lagi empat jaringan di separuh masa kedua.

Leandro Sebastián Velázquez menjaringkan dua gol pada minit ke-49 dan ke-51.

Dua lagi gol disumbangkan oleh Nazmi Faiz pada minit ke-77 dan Syamer Kutty Abba melengkapkan kemenangan JDT menerusi jaringan penalti pada minit ke-82.

JDT akan bertemu Pahang pada 26 Ogos di Stadium Darul Makmur, Kuantan.