Malaysia Berita

V Krishnasamy, Ironman dalam kenangan

Bekas pemain kebangsaan, V Krishnasamy disahkan meninggal dunia pada usia 72 tahun, di Pulau Pinang malam tadi.

Mendiang cukup dikenali sebagai salah seorang pemain tengah skuad kebangsaan yang beraksi di Sukan Olimpik Munich 1972.

FAM dalam kenyataan memberikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang dan menghargai jasa beliau.

TakziahPersatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang V Krishnasamy, 72, bekas pemain…

Posted by Football Association of Malaysia on Sunday, August 2, 2020

 

Sepanjang kariernya, Krishnasamy digelar ‘Ironman’ sebagai pemain kerana dianggap sebagai pemain tengah yang agresif.

Di kemuncak kariernya, Krishnasamy antara pemain yang membentuk teras kepada barisan negara sepanjang tempoh 1970 hingga 1974 di mana Malaysia mengutip pingat perak Sukan SEAP 1971, layak ke Sukan Olimpik 1972 dan mengutip pingat gangsa di Sukan Asia Tehran 1974.

Beliau juga pernah beraksi bersama pasukan Perak, Pulau Pinang dan Penjara sebelum bersara sebagai Sarjan Mejar Penjara.