Liga Super Malaysia Berita

Naruphon tinggalkan Melaka United

Naruphon Wild Putsorn membuat keputusan untuk meninggalkan Melaka United, meskipun tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum Liga Malaysia bersambung semula.

Pengurus pasukan Melaka, Muhammad Akram Abdullah mengesahkan perkara tersebut dan pihak pengurusan mencapai persetujuan secara lisan dengan pemain Thailand itu untuk menamatkan kontrak yang baru ditandatanganinya beberapa bulan lalu.

“Apapun, kami mengalu-alukan sebarang perbincangan lanjut jika dia masih berminat bersama pasukan,” katanya kepada Harian Metro.

“Namun, yang jelas dia sudah menarik diri, cuma belum ada hitam putih berkaitan perkara terbabit tetapi pada dasarnya kedua-dua pihak sudah bersetuju.”

Naruphon sebelum ini mengisi import kelima Melaka United.

Bagaimanapun, Akram enggan menjelaskan punca pemain tersebut menarik diri.

Melaka kini tinggal empat pemain import iaitu Romel Morales, Uche Agba, Jang Suk-won dan Sony Norde.