Liga Super Malaysia Berita

Melaka adakan perlawanan persahabatan dengan Negeri Sembilan

Melaka United dijangka mengadakan perlawanan persahabatan dengan Negeri Sembilan sebelum saingan liga bersambung pada 26 Ogos ini.

Pengurus pasukan Melaka, Muhammad Akram Abdullah berkata tarikh perlawanan itu masih dibincangkan namun dijangka beraksi di stadium Paroi.

“Selepas lima bulan tanpa sebarang aksi, sudah tentu banyak perkara perlu diperhalusi terutama pemilihan kesebelasan pertama kelak,” katanya kepada Harian Metro.

“Justeru, perlawanan berdepan Negeri Sembilan selepas 2 Ogos kelak diyakini menjadi pemangkin kepada penilaian setiap pemain yang diambil kira dalam pelbagai aspek sebelum aksi sebenar.”

Kedua-dua pasukan merupakan antara pasukan terawal yang mengadakan latihan tanpa sentuhan.

Perlawanan persahabatan itu juga merupakan hasil saranan MFL kepada pasukan Liga Malaysia untuk mengadakan perlawanan antara pasukan Liga Super dan Liga Perdana.