Malaysia Berita

Brad Maloney beri sebab Luqman Hakim perlu ke Eropah

Jurulatih skuad B-19 negara Brad Maloney berkata Luqman Hakim perlu menyertai kelab Belgium, KV Kortrijk terlebih dahulu sebelum menyertai sesi latihan bersama skuad B-19.

Malah, Maloney mengakui tidak terlalu bimbang jika Luqman terlepas daripada menyertai kejohanan itu.

“Saya berpendapat ini satu peluang yang bagus untuk dia mengembangkan lagi potensinya. Saya sokong keputusan dia dan doakan yang terbaik untuknya,” katanya kepada Berita Harian.

“Kita akan melihat pemain lain yang boleh mengisi posisi Luqman jika dia tidak boleh bermain nanti.

 

“Sudah tentu akan ada pemain yang dapat menggantikan kekosongannya dan beberapa lagi posisi dalam skuad ini.”

Proses perpindahan Luqman ke Belgium menjadi sebab utama mengapa pemain berusia 18 tahun itu tidak tersenarai dalam sesi latihan pusat pertama yang bermula pada minggu ini.

“Saya difahamkan kelabnya akan melepaskannya untuk kejohanan AFC B-19 dan persiapan terakhir latihan pusat.

“Bagus sekiranya dia kembali menyertai kita nanti supaya dapat mengharungi latihan sebaik mungkin.”