Luar Negara Berita

Newcastle United: Tiada rundingan dengan Luqman Hakim Shamsudin

Newcastle United mengesahkan tiada sebarang rundingan diadakan bagi mendapatkan khidmat, Luqman Hakim Shamsudin.

Sinar Harian melaporkan, jurucakap Newcastle berkata kelab Premier League itu sedang menumpukan isu yang lebih penting ketika ini.

Ini termasuk pelan pemulihan daripada pasca COVID-19 serta kemungkinan berlaku pertukaran pemilik kelab tidak lama lagi.

“Justeru, Newcastle dapat mengesahkan bahawa tiada sebarang perjanjian atau rundingan buat Luqman buat masa ini.”

Newcastle menjadi rebutan antara jutawan Amerika Syarikat, Henry Mauriss dan Putera Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman ketika ini.

Jika Bayer Leverkusen turut menafikan khabar angin yang sama, ini bermakna Luqman mungkin akan menyertai kelab Belgium KV Kortrijk.