Liga Premier Malaysia Berita

KL mula berlatih minggu hadapan

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) Nokman Mustaffa mengesahkan pasukan KL akan mula melakukan sesi latihan padang pada Rabu depan.

Beliau berkata sebelum sesi latihan, barisan pemain akan menjalani ujian swab COVID-19 pada hari Isnin.

“Keputusan ujian dijangka diperoleh dalam masa 48 jam…selepas semua didapati negatif, baru kita akan memulakan latihan,” katanya kepada Bernama.

Nokman turut mendedahkan pendekatan dibawah kendalian Nidzam Adzha dalam mematuhi SOP iaitu latihan tanpa sentuhan fizikal.

“Pemain mungkin akan dipecahkan dalam empat kumpulan berbeza kerana latihan tidak boleh melebihi 10 orang pada satu-satu masa.

“Antara aspek yang diberi penekanan ialah jarak sosial tiga hingga lima meter seperti yang ditetapkan.

“Pemain mungkin akan dipecahkan dalam empat kumpulan berbeza kerana latihan tidak boleh melebihi 10 orang pada satu-satu masa.

“Setiap kumpulan akan menjalani latihan pada waktu yang berbeza dan individu lain tidak dibenarkan berada di Stadium KLFA, Cheras.”

Kuala Lumpur menduduki tangga keempat Liga Premier dengan lapan mata selepas meraih dua kemenangan dan seri dua kali.