Liga Super Malaysia Berita

Selangor mula berlatih pada 9 Jun

Selangor akan kembali mengadakan sesi latihan pada 9 Jun ini, selepas tiga bulan Liga Malaysia ditangguhkan akibat wabak COVID-19.

Ini bermakna barisan pemain perlu menjalani ujian kesihatan sebelum dibenarkan berada di padang.

“Kami telah memaklumkan kepada pemain-pemain supaya bersedia untuk menjalani ujian kesihatan sepanjang minggu pertama bulan hadapan,” kata jurulatih Selangor, B. Sathiananthan.

“Kami akan mengikuti SOP telah dikeluarkan untuk sebuah pasukan bola sepak menjalani latihan.”

FAS turut mengikut pendekatan yang diambil kelab dari Itali, Sepanyol dan Korea Selatan yang sudahpun memulakan sesi latihan mereka ketika ini.

Walaubagaimanapun, CEO MFL, Datuk Ghani Hassan mengakui beliau masih belum menerima sebarang makluman daripada Selangor untuk memulakan sesi latihan.

“Buat masa ini, tiada lagi pasukan yang memaklumkan kepada MFL untuk memulakan latihan. Saya menasihati kepada setiap individu terlibat untuk memaklumkan kepada MFL untuk kembali berlatih.”