Liga Premier Malaysia Berita

Cassio beri peluang kedua kepada KAFA

Cassio membuat keputusan untuk berunding dengan KAFA berkenaan tuntutan gaji berjumlah RM629,620.28.

Bagaimanapun, peguam kepada Cassio, Zhafri Aminurashid berkata, rundingan tersebut dilakukan dengan bersyarat bagi memastikan KAFA tidak cuba lari daripada tanggungjawab.

“Mediasi ini adalah perbincangan antara kedua-dua pihak untuk mendapatkan persetujuan bersama. Selepas bersetuju, CAS akan beri perintah persetujuan dan kalau mediasi dilakukan, rayuan KAFA akan dibatalkan,” katanya kepada Arena Metro.

“Kita sedang menunggu cadangan penyelesaian daripada KAFA. Tetapi saya cadangkan untuk adakan mediasi di CAS supaya sekurang-kurangnya ada persetujuan bertulis nanti.

“Jadi apabila ada persetujuan bertulis sebagai formaliti demi kepentingan pemain, KAFA perlu patuhi persetujuan itu selaras dengan perintah CAS. Ini juga bagi memastikan supaya mereka serius untuk menyelesaikan masalah ini.”

Rundingan tersebut bermula selepas CAS memberikan tempoh dua minggu kepada KAFA untuk menyelesaikan bayaran gaji Cassio.