Liga Super Malaysia Berita

FAM beri peluang lagi kepada Melaka United, tidak jadi potong mata

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam mengesahkan tempoh pembayaran tunggakan gaji pemain Melaka United dilanjutkan sehingga PKP berakhir.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Pelesenan Kelab (FIB), selepas mengenalpasti masalah sumber pendapatan yang dihadapi pasukan Liga Super itu ekoran penangguhan liga akibat wabak COVID-19.

“FAM memahami masalah yang melanda Melaka dan ketika ini tarikh akhir yang sepatutnya berakhir 30 April lalu dilanjutkan bergantung kepada situasi semasa,” katanya kepada Arena Metro.

“Melaka sudah dikenakan hukuman pemotongan tiga mata akibat gagal membayar baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai mengikut jadual ditetapkan.”

Keputusan tersebut sekaligus menyelamatkan Melaka daripada dipotong lagi mata dalam Liga Super.

Walaubagaimanapun, menurut sumber, pengurusan masih belum menyelesaikan tunggakan gaji pemain walaupun sudah diberikan kelonggaran.

Malah, masih belum ada tanda-tanda bahawa pihak pengurusan akan menyelesaikan dua bulan tunggakan gaji pemain.