Liga Premier Malaysia Berita

Kuching FA potong 5 peratus gaji pemain

Kuching FA menjadi pasukan terbaru yang membuat pemotongan gaji sebanyak 5 peratus terhadap para pemain selepas liga ditunda akibat wabak COVID-19.

Keputusan itu dibuat selepas pihak pengurusan dan para pemain mencapai kata sepakat bagi mengelakkan daripada sebarang masalah kewangan pada masa akan datang.

Pasukan Liga Perdana itu mengikut jejak dua lagi pasukan iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan UKM FC yang terlebih dulu memotong gaji pemain mereka.

CEO MFL, Datuk Ab Ghani Hassan mengalu-alukan langkah tersebut.

“Saya berharap pasukan lain dapat bergerak ke arah itu di mana bukan sahaja pasukan dari Malaysia sebaliknya seluruh kelab di dunia kini sedang terpalit mengalami masalah terjejas kewangan gara-gara pandemik ini.”

“Saya menyeru pegawai dan pemain pasukan agar menerima penangguhan liga ini secara terbuka dan terus mengadakan perbincangan dengan pemain dan pegawai berhubung status kontrak.”