Selangor akhirnya membuat keputusan untuk mengadakan perlawanan Liga Super kedua menentang Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Keputusan itu dipersetujui oleh MFL setelah meneliti pelbagai faktor dan mengutamakan aspek keselamatan penyokong.
Namun, Selangor tidak berhasrat untuk menggunakan stadium tersebut sepanjang musim ini.
“Buat masa ini, keputusan ini hanyalah untuk perlawanan home pertama Selangor,” menurut laman media sosial rasminya.
“Kami akan meneruskan usaha-usaha yang perlu dilakukan di Stadium Shah Alam demi memastikan ia selamat untuk digunakan bagi perlawanan home seterusnya menentang pasukan Sarawak United pada pertengahan bulan Mac.
Pada masa sama, FAS bersama-sama DEFM dan kerajaan Selangor sedang mengatur strategi jangka masa pendek dan panjang bagi memastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.
“Kami ingin memohon maaf jika perubahan venue ini menggangu rancangan yang telah dibuat, namun komited untuk mengembalikan venue perlawanan home kembali ke Stadium Shah Alam dalam masa terdekat.”
“Kami juga akan memberikan maklumat terkini dan perkembangan terbaru mengenai status terbaru Stadium Shah Alam dan perjalanan perlawanan bagi pemegang pas bermusim dan info penyokong di Stadium Bukit Jalil dalam masa beberapa hari lagi.”