Liga Super Malaysia Berita

Unity Shield 2020: Perak enggan tewas lagi kepada Kedah

Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic berharap pasukannya dapat meraih kemenangan dalam Unity Shield pada malam ini, selepas tewas kepada Kedah musim lepas.

“Ini peluang untuk kita menang selepas tahun lalu tewas di Kedah, kerana kali ini kita bermain di tempat sendiri,” katanya kepada Bernama.

“Kita sedar ia bukan sesuatu yang mudah kerana Kedah pasukan yang bagus.

“Kita berharap penyokong akan datang beramai-ramai memberikan sokongan kepada kedua-dua pasukan kerana kita bersahabat.”

Perak dijangka tampil buat pertama kali dengan barisan pemain baharu seperti Guilherme De Paula, Thierry Chantha Bin dan Anthony Golec.