Liga Premier Malaysia Berita

Naib Presiden KAFA letak jawatan

Naib Presiden KAFA Datuk Mohd Rowi Dollah sah meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta.

Ini selepas selepas presiden KAFA, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan timbalannya, Datuk Seri Afandi Hamzah direhatkan sementara waktu dan melantik Naib Presiden KAFA, Datuk Shaari Mat Hussin sebagai pemangku presiden.

Mohd Rowi membuat keputusan itu kerana namanya disenarai hitam oleh Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) disebabkan tunggakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pemain serta tindakan mahkamah oleh Prestige Sport Sdn. Bhd. pada tahun 2018.

“Hal ini telah mengganggu dan menjejaskan urusan perniagaan saya terutama urusan melibatkan sektor kewangan,” katanya kepada Bernama.

“Dengan faktor ini saya melihat sebagai naib presiden, saya tidak dapat membantu KAFA dalam mendapatkan penajaan kewangan bagi menguruskan persatuan itu dan pasukan The Red Warriors (TRW).”

“Terima kasih diucapkan kepada semua kepimpinan KAFA atas sokongan dan kerjasama yang diberikan dan saya harap pengurusan KAFA dapat meneruskan kesinambungan untuk membangunkan bola sepak Kelantan.”

Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman menerima surat peletakan jawatan tersebut dan perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat dalam masa terdekat.