Perak menebus kekalahan musim lepas apabila menewaskan Kedah 3-1 di Ipoh untuk meraih Unity Shield buat pertama kali dalam sejarah.
Perak mendahului seawal minit ke-4 menerusi Shahrul Saad sebelum menambah gol kedua menerusi Shahrel Fikri pada minit ke-42.
Kpah Sherman merapatkan jurang untuk Kedah dengan gol pada minit ke-68.
Bagaimanapun Perak berjaya menambah gol ketiga menerusi Careca pada minit ke-77.
Kedah gagal menjaringkan sebarang gol sehingga minit terakhir perlawanan, dan terpaksa akur dengan kekalahan kepada Perak pada edisi kali ini.