Liga Super Malaysia Berita

Stadium Sultan Ibrahim jalani pemeriksaan terakhir

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards mengesahkan bahawa stadium baharu JDT, Stadium Sultan Ibrahim bakal menjalani proses pemeriksaan terakhir sebelum ia dapat digunakan secara rasmi pada 28 Februari ini.

Katanya, proses pemeriksaan akhir yang melibatkan badan-badan pengelola bolasepak – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Malaysian Football League (MFL) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) itu akan diadakan pada 18 dan 19 Februari ini.

“Pemeriksaan tersebut adalah untuk meluluskan penggunaan stadium baharu ini dalam pertandingan Liga Malaysia dan juga Liga Juara-Juara AFC.

“Kerja-kerja akhir untuk memenuhi keperluan teknikal juga hampir siap,” katanya dalam laman media sosial Johor Southern Tigers.

Stadium JDT akan dirasmikan pada 22 Februari ini.

Piala Sumbangsih bakal diraikan sebagai trofi pertama apabila JDT selaku juara bertahan Liga Super akan bertemu Kedah selaku juara Piala FA pada 28 Februari ini.