Liga Super Malaysia Berita

Undi JDT untuk anugerah Kelab Terbaik Piala AFC Sepanjang Dekad

Peminat JDT kini berpeluang untuk memberikan satu lagi kejayaan kepada JDT apabila dicalonkan dalam anugerah Kelab Terbaik Piala AFC Sepanjang Dekad.

JDT terpilih bersama empat pasukan lain iaitu dua kelab Kuwait iaitu Kuwait SC dan Qadsia SC, kelab Lebanon, Al Ahed dan kelab Iraq, Air Force Club.

JDT berjaya mencipta sejarah dalam bolasepak Malaysia apabila membuat penampilan pertama dalam Piala AFC pada 2015 dan sekaligus memenanginya, menjadi satu-satunya pasukan dari Malaysia yang berjaya melangkah ke separuh akhir dan kelab Asia Tenggara pertama menjadi juara.

Undian boleh dibuat sehingga Ahad ini.