Liga Super Malaysia Berita

JDT pinjamkan Fazly Mazlan dan S. Kumaahran ke Pahang

JDT mengesahkan bahawa Fazly Mazlan dan S. Kumaahran akan menyertai Pahang secara pinjaman bagi menghadapi saingan musim 2020.

Keputusan itu dibuat berkemungkinan disebabkan faktor saingan sengit dalam posisi pertahanan sayap dan bahagian serangan pasukan JDT.

Fazly yang dahulunya merupakan pemain pilihan utama di JDT, kini terpaksa berebut tempat dengan La’vere Corbin Ong dan Syazwan Andik.

 

Situasi S. Kumaahran pula lebih rumit, apabila terpaksa bersaing dengan begitu ramai pemain di bahagian sayap dan penyerang seperti Diogo Luis Santo, Gonzalo Cabrera, Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Syafiq Ahmad dan Hazwan Bakri.

Dari sudut pandangan Pahang, Fazly dilihat sebagai pengganti yang sesuai kepada Zubir Azmi yang telah pun menyertai Sabah musim ini.

Kumaahran pula dijangka mengambil tempat yang ditinggalkan oleh R. Kogileswaran yang berhijrah ke PJ City.